Love is complicated

Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka dan dikawal. Kadang-kadang terasa lucu pula bilamana kita terasa seperti menjadi seorang yang bodoh dikala bercinta. Adakala pula kita merasakan yang kita sangat bahagia sedangkan orang lain melihat kita seakan menderita. Sukar untuk dinyatakan perasaan sewaktu bercinta...berbaur dan bercampur bak ABC kata budak-budak.

Bagi saya, cinta adalah sesuatu yang praktikal. Cinta perlu dilafaz, ditunjukkan dan disemai sentiasa kerana pada saya kehilangan cinta umpama kehilangan hidup di muka bumi ini. Cinta memang rumit dan sangat sukar difahami. Ada yang merasakan keindahan nya dan ada juga yang merasakan derita nya.

Sejak zaman sekolah lagi saya sudah berjinak-jinak dengan perasaan halus ini. tapi tidaklah terlalu serius. Sekadar suka-suka untuk merasakan keindahan ber'kapel' dan bercinta sesama pelajar. Namun lebih jelas dikatakan ia hanyalah perasaan suka...bukan cinta.

Memasuki alam universiti, pelajaran menjadi kemestian dan keutamaan dalam hidup pada waktu itu. Namun, sukar untuk kita menyangkal perasaan halus ini daripada bertamu. Bermula sebagai rakan...menginjak menjadi seorang yang istimewa. Melalui fasa suka dan duka bersama-sama. Berkali-kali putus dan sambung sehingga akhirnya menemui juga nokhtahnya perhubungan itu.

Memasuki alam pekerjaan, lagi sekali hati ini diusik oleh perasaan ini. Entahlah, hati ini sudah serik namun kehadiran cinta itu sukar untuk dihalang. Sekali lagi pintu ini cuba dibuka dan berdiamlah didalamnya seorang lagi pencinta diri ini. Namun begitu, panas tidak sampai kepetang, hujan bertamu ditengah hari. Oleh kerana jarak yang jauh, cinta diputuskan oleh keluarganya dengan peekahwinannya dengan gadis pilihan ibunya. Maka terputuslah lagi hubungan indah ini....hati, tabahlah dikau menghadapi dugaan ini.

Mungkin kerana kecewa dan hampir saja berputus asa, hati telah bertekad untuk menerima sesiapa sahaja yang mampu mencintai diri ini tanpa kesangsian dan tanpa kelelahan. Akhirnya Allah menghadirkan seorang lagi hamba-Nya untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan. Datangnya tidak diduga, lamarannya menggegar rasa, ketegasan dan kasih sayang yang ditunjukkan disenangi walau kadang-kala hati gundah mengikuti rentak yang berbeza dan fikiran yang lebih berdasarkan pengalaman hidupnya. Walau seusia, namun perbezaan tampak ketara tetapi oleh kerana rasa sayangnya yang tidak berbelah bagi, hati ini cuba menerima dan memahami. Memberi peluang, mungkin pencarian diri ini sudah sampai kepenghujung.

Namun, dugaan itu tidak ada siapa yang menduga. Lantaran sisa cinta yang masih menyala dihati insan yang telah pun ditinggal lama nun jauh disana...dia kembali menagih cinta. Rindu pada diri ini yang bertamu walau permaisuri mahligainya bersemayam disisi telah membulatkan tekadnya untuk mencari dan membujuk hati ini agar mampu menerima dirinya kembali.

Perlukah aku melukakan hati seorang insan yang sentiasa cuba memenuhi keinginanku demi seorang insan yang jelas sekali tidak mampu untuk mempertahankanku dihadapan keluarganya?. Jawapan telah jelas kutemui, dia harus ku lupakan dan aku harus meneruskan hidupku dengan insan yang menghulurkan cintanya setulusnya buatku.

1 comments:

idyan said...

jiwang dowh...ayat ko....macam xcaye plak....haha...meleleh air hingus...hehe