Life....Unpredictable!

Hidup ini memang susah untuk dijangkakan. Hari ini saja beberapa perkara yang tidak disangka telah berlaku.

Bos bersembang dan bercerita dengan staff bawahnya. bukankah itu satu yang pelik? Waku kerja boleh ajak bersembang...Hahaha!!...

Semalam, aku mendapat panggilan interview dari pihak Kolej Politek MARA Cheras. Tapi yang peliknya, setelah aku hantar resume beria-ria...boleh pulak mereka bagi aku post lecturer Science Computer....Manalah aku layak tuk ajar subjek tue. Kalo pasal perpustakaan tue boleh la juga, pasal komputer yang asas2 tue boleh la...kalo dah dalam-dalam...tak berani nak ambil risiko la. Kesian budak-budak, orang yang tak layak pulak yang mengajar.

Dan disebabkan itu, aku telah bertanya kepada kawan aku yang kerja disana, maklumla....kalau tak ada orang dalam, memang susah la nak masuk. Tapi alhamdulillah...tak lah sepenuhnya dibantu, dia cuma tolong panjangkan resume aku ke pihak HR jer...huhu...

Setelah berbincang, maka aku membuat keputusan untuk tidak menghadiri interview itu. Lebih baik tarik diri lebih awwal daripada pergi ke interview itu yang dah semestinya bukan bidang kemahiran kita. Bahaya!!

Selesai lah bab interview. Walaupun aku ni tak berapa suka mengajar, tapi best juga bila dapat budak-budak yang sporting, yang pandai, yang berdisiplin...kan? Semalam diorang ade buat presentation final project. Aku review dan bagi markah jer. Memang boleh harap la diorang nie. Tak macam budak kelas aku yang lain. Dan disebabkan itu, aku bagi la markah tinggi tapi tetap juga xramai yang dapat A. Tak apalah, diorang perlulah mendapat markah yang selayaknya untuk mereka supaya mereka beringat. Nanti kelas lain dan semester lain, buat lah lebih baik dari semester ini.

Minggu ini nak balik rumah ke ek? Macam malas jer. Tapi dah terlanjur bercakap kat mak akan balik minggu nie. hmm...cam ne ek? tak apelah, nanti bagitau je la kalo malas nak balik. hihi!!! jimat kos sara hidup...Haha!!

Love is complicated

Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka dan dikawal. Kadang-kadang terasa lucu pula bilamana kita terasa seperti menjadi seorang yang bodoh dikala bercinta. Adakala pula kita merasakan yang kita sangat bahagia sedangkan orang lain melihat kita seakan menderita. Sukar untuk dinyatakan perasaan sewaktu bercinta...berbaur dan bercampur bak ABC kata budak-budak.

Bagi saya, cinta adalah sesuatu yang praktikal. Cinta perlu dilafaz, ditunjukkan dan disemai sentiasa kerana pada saya kehilangan cinta umpama kehilangan hidup di muka bumi ini. Cinta memang rumit dan sangat sukar difahami. Ada yang merasakan keindahan nya dan ada juga yang merasakan derita nya.

Sejak zaman sekolah lagi saya sudah berjinak-jinak dengan perasaan halus ini. tapi tidaklah terlalu serius. Sekadar suka-suka untuk merasakan keindahan ber'kapel' dan bercinta sesama pelajar. Namun lebih jelas dikatakan ia hanyalah perasaan suka...bukan cinta.

Memasuki alam universiti, pelajaran menjadi kemestian dan keutamaan dalam hidup pada waktu itu. Namun, sukar untuk kita menyangkal perasaan halus ini daripada bertamu. Bermula sebagai rakan...menginjak menjadi seorang yang istimewa. Melalui fasa suka dan duka bersama-sama. Berkali-kali putus dan sambung sehingga akhirnya menemui juga nokhtahnya perhubungan itu.

Memasuki alam pekerjaan, lagi sekali hati ini diusik oleh perasaan ini. Entahlah, hati ini sudah serik namun kehadiran cinta itu sukar untuk dihalang. Sekali lagi pintu ini cuba dibuka dan berdiamlah didalamnya seorang lagi pencinta diri ini. Namun begitu, panas tidak sampai kepetang, hujan bertamu ditengah hari. Oleh kerana jarak yang jauh, cinta diputuskan oleh keluarganya dengan peekahwinannya dengan gadis pilihan ibunya. Maka terputuslah lagi hubungan indah ini....hati, tabahlah dikau menghadapi dugaan ini.

Mungkin kerana kecewa dan hampir saja berputus asa, hati telah bertekad untuk menerima sesiapa sahaja yang mampu mencintai diri ini tanpa kesangsian dan tanpa kelelahan. Akhirnya Allah menghadirkan seorang lagi hamba-Nya untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan. Datangnya tidak diduga, lamarannya menggegar rasa, ketegasan dan kasih sayang yang ditunjukkan disenangi walau kadang-kala hati gundah mengikuti rentak yang berbeza dan fikiran yang lebih berdasarkan pengalaman hidupnya. Walau seusia, namun perbezaan tampak ketara tetapi oleh kerana rasa sayangnya yang tidak berbelah bagi, hati ini cuba menerima dan memahami. Memberi peluang, mungkin pencarian diri ini sudah sampai kepenghujung.

Namun, dugaan itu tidak ada siapa yang menduga. Lantaran sisa cinta yang masih menyala dihati insan yang telah pun ditinggal lama nun jauh disana...dia kembali menagih cinta. Rindu pada diri ini yang bertamu walau permaisuri mahligainya bersemayam disisi telah membulatkan tekadnya untuk mencari dan membujuk hati ini agar mampu menerima dirinya kembali.

Perlukah aku melukakan hati seorang insan yang sentiasa cuba memenuhi keinginanku demi seorang insan yang jelas sekali tidak mampu untuk mempertahankanku dihadapan keluarganya?. Jawapan telah jelas kutemui, dia harus ku lupakan dan aku harus meneruskan hidupku dengan insan yang menghulurkan cintanya setulusnya buatku.