Xdapat tido....

Sekarang jam menunjukkan pukul 4:33 AM, 31 July 2009. Apalah agaknya yang mengganggu fikiran aku sampaikan aku tak boleh tidur malam nie. Sepanjang malam aku hanya terkebil-kebil tengok syiling, pandang kiri, pandang kanan...gelap. Sudahnya aku bangun dan berhasrat hendak menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya aku siapkan esok. Contohnya menyidai kain yang direndam softener 'downy', meng'iron' baju dan tudung, mengemas rumah, menyapu dan sekarang, menulis blog.

Susah untuk aku cakapkan tapi sebenarnya ada perkara yang aku fikirkan dan ia tak benarkan otak aku berhenti berfikir walaupun untuk tidur beberapa jam. Sepanjang masa perkara itu berlegar-legar dalam fikiran tapi apa benda nya yer? Aku sendiri tak dapat nak detect. Setahu aku, aku sekarang tak ada masalah besar untuk difikirkan sampai tak boleh tidur malam. Tapi inilah hakikatnya, aku tetap tak boleh lelapkan mata. masuk tidur tadi dah lewat dah. kawan pulak telefon pukul 2:30 AM tadi, lepas tu langsung tak boleh tidur. Mungkin perkara yang kami sembangkan tadi membuatkan otak aku terus berfikir kot. Ye lah, dia pun dah lama tak telefon, tadi sembang tue lama la sikit sampai bateri mati. Bateri telefon dialah...mungkin juga ada kaitan dengan 'bf' aku kot sampai aku tak boleh tidur nie. Kebetulan pulak, perut aku meragam....bertambah-tambahlah sebab untuk tak dapat tidur.
Beberapa hari yang lalu ade aku dengar satu ayat nie...

" Jodoh itu ada tiga :
1. Jodoh dari syaitan = bilamana lelaki bertemu dengan perempuan, suka dan bercinta lantas melakukan maksiat, setelah mengandung barulah menikah.
2. Jodoh dari jin = bilamana lelaki bertemu dengan perempuan, lelaki suka perempuan itu, tetapi perempuan tidak suka lelaki itu, lalu lelaki menyihir perempuan itu dan mereka menikah.
3. Jodoh dari Allah = bilamana lelaki bertemu dengan perempuan, dari mata menusuk kehati, lantas lelaki meminang perempuan dan diterima seterusnya bernikah dan bercinta. Itulah syurga cinta sebenar.
Kalau diteliti, sungguh memang benarlah apa yang dinyatakan di atas. Bukankah begitu? Bilakah agaknya kita akan bertemu dengan jodoh dari Allah ini? Semua itu sukar untuk dijawab kerana semuanya adalah dari Allah. Dia yang lebih mengetahui. Aku? Aku dah berjumpakah dengan cinta sebegitu? Setakat ini...belum lagi. Mungkin ada suatu hari nanti. Aku berharap agar aku dipertemukan dengan orang yang ikhlas dan benar-benar mampu membimbing ku selain menyayangiku. Insyaallah....

1 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

insya Allah........... ameeeeeeeen!