MAHABBAH GAZA LL4G

Sabtu : 10 Julai 2010 : 10.00 pm.
Title : Konsert Mahabbah GAZA.


Hujung minggu kembali lagi...Apa perancangan kita??


1. Hurm....bgun je pagi2 Sabtu aku terus menyelesaikan semua perkara berkaitan baju daripada membasuh smpi lah menysunnyer dlam almari....hihii.

2. Kemudian, kami memasak n makan beramai2.....sungguh menyelerakan....ape menunya?? Ayam masak halia...Ikan bilis goreng ngan kentang then sayur campur....hurm...best!!!~

Barang2 utk di'recycle'

3. Sesi memunggah n mengemaskan belakang rumah. Apa yg ada kt belakang rumah? jeng...jeng...jeng....hihhi.... ade barg2 untuk di'recycle'....seperti....botol plastik, botol kaca, tin, tin minuman, magazine n jga kotak....hihihi!!!~ Banykkn? tp percayalah.....semua 7 plastik besar sampah itu setelah dijual cume berharga RM 9.50...huhuu!!!~ tibe2 teringat citer yg Rosyam Noor berlakun jdi pengutip botol kosong tu...huhh!!~ Siannyer org2 yg bergantung hidup dengan kutip tin n botol kosong tue.....INSAF......

4. Petang menyusul tiba....Aku plan tuk ber'jogging'....apabila badan semakin berlemak...n semakin malas...aku da xmampu menyimpan lgi lemak ini...huhu!!~ dengan tekad yg bulat n sikit bujur...aku menguatkan hati pergi berjogging petang tu....percayalah!!~ Aku sgt letih....huhu...!!!~ Sorang2 jer meredah tasik besar tue....huhuh!!!~


Wirawan Malaysia LL4G

5. Wah!!~....Malam....ape nk buat ek?? Makan la...ape lgi...hihihi...megi sudah....di masak oleh Chef Ika...hihihi....erm..penuh betul perut ni rasenyer.... Apa plan??? Cik ika kne menyudahkan assignment yg diberikan oleh lecturernyer...n aku lak?? Ha!!~ teringat konsert Mahabbah GAZA. Apa lgi....aku pn mengajak la cik Eni memeriahkan majlis kt STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM mlm tdi. Kami pergi lepas makan dlm kul 10 mlm la baru smpi sne. hihihi...!!!~ bersebelahan dengan Stadium tu....ade lak perlawanan bola Kelantan lwn Selangor...member aku da tergedik2 nk tgk bola..!!~ Aku ckp, nk g tmpt hiruk pikuk ke tmpt yg menyenangkan....niat awal tdi ape?? Haa....bru la dia diam....jom2!!!~ katenyer...jom ke tmpt yg menyenangkan n mendamaikan....hurm....Alhamdulillah....

Konsert Mahabbah GAZA

Apa yg aku nk ceritakan kat sini adalah tntg program anjuran IKIM.FM tu. Walaupun aku xmngikuti program itu dri mula2 lgi tp aku sgt la gembira kerana dpt jga memeriahkan majlis itu....cume agak terkilan kerana xdpt menghulurkan bantuan....hurm....Program konsert Mahabbah GAZA tu bertujuan untuk menghebahkan dan merasmikan LL4G Club yg akan terdiri dri sesiapa sahaja n dri ape peringkat umur pun untuk menyertainya. Mengikut apa yg aku dpt dri apa yg diberitakan oleh pengacara, kelab itu bertujuan untuk mencari n mengumpulkan sukarelawan untuk membantu LL4G mencari n mengumpul bantuan dri pelbagai segi kepada penduduk di GAZA. malah, mereka juga akan berpeluang untuk mengikuti ekspedisi memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di GAZA bagi yg layak.

En Noorazman menceritakan pengalaman di Penjara Israel Laknatullah

Selain dri itu, Wirawan negara yg terselamat dri penjara Israel Laknatullah turut dijemput untuk berkongsi ape2 cerita n pengalaman beliau selama disana. malah, beliau turut menyampaikan salam n harapan peduduk di GAZA. Antara ayatnya yg masih xdapat aku lupakan....
Dalam keadaan sedih n sayu sewaktu berpisah dengan penduduk GAZA, saya telah dirapati oleh seorg saudara...dia menyalami saya dan memeluk saya, setelah itu dia berkata; " Wahai saudaraku, saudara seIslam ku Noorazman, terima kasih kami ucapkan kerana memberikan kami semangat n harapan bahawa masih ada saudara2 kami diluar tembok itu yg mengambil berat akan kami. Sampaikanlah salam kepada saudara2 kami disana serta doakanlah kami disini agar kami tetap tabah. Ketahuilah kami adalah sebahagian dari saudaramu dan kamu semua adalah sebahagian dri saudara kami. Semoga kita bertemu lagi Noorazman. Semoga kita bertemu lagi." (beginilah lebih kurang...hrp dimaafkan jika tersilap).
N tatkala itu...cuma airmata yg berjujuran...n airmata itu masih mengalir disaat aku menulis blog nie....kenapa? kerana aku sgt2 sedih n sayu kerana aku xmampu untuk memberikan sumbangan apa2 kepada mereka sedangkan mereka sangat2 memerlukan bantuan dri saudara Islam lainnya. Disaat mereka tidak melalui saat2 yg tenang n bening n hari tidak pernah ceria, aku masih mampu memikirkan hal dunia yg sangat2 tidak bermakna....Aku sgt bersyukur kerana aku berkesempatan menghabiskan malamku di program pengisian hati malam itu. Allah memberikan aku kekuatan n membukakan hatiku untuk memikirkan nikmat hidup yg diberikan kepadaku...yg mungkin tidak aku syukuri....apalah kiranya kalau aku menghabiskan masaku untuk mengenangkan keadaan penduduk di GAZA yg saban waktu diburu perasaan cemas namun mereka tidak pernah menyalahkan ALLAH...malah mereka sentiasa yakin n meneruskan hidup...melahirkan zuriat....berjuang bermati-matian untuk meneruskan hidup walaupun untuk seminit.....Kuat sekali mereka pada sangkaanku kerana aku mungkin tidak mampu menanggung ujian yg sebegitu.....Allahu Akbar....Subhanallah....


Maka aku mengakhiri malamku dengan penuh keinsafan...dan dikala ini...aku masih merasai keinsafan itu...n aku berhrp agar keinsafan itu berterusan hendaknya....Ya Allah...kau selamatkanlah Islam saudara2ku di Palestin...Kau tabahkanlah hati mereka untuk berjuang demi tanah air mereka n juga demi Islam....kau masukkanlah mujahid n mujahidah GAZA ke dalam syurgamu Ya Allah.....hanya doa yg mampu kukirimkan buat saudara2ku di sana.....Moga mereka beroleh kemenangan.....Aminnn.....!!!~

2 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

bestnya dapat pergiiiiiiiii :)

Munier_Nailofar said...

mestila best!!!~ hehehe...meleleh2 airmate den....